Cuti mid sem lepas kitorg ade plan nk hike gunung berembun kat Terengganu.
Ramai orang kata yang view kat campsite air terjun Langsir tu superb.Air sungai jernih dan banyak kolam yang boleh ditiruk.HAHA...x tau ape tu tiruk?,nanti boleh tanya "Raja Tiruk" untuk tahu dengan lebih lanjut.
So,dengan izin-Nya, Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan jayanya under ARCIIUM or adventure,recreation club IIUM kelab yang terchintaaaaa....haha...
Kita start dari awal lah.
Masa:10.00pm
Tarikh:Ahad 23-03-14
Lokasi: Tangga besar UIA Gombak.
Tepat jam 10.00 malam kitorang bahagi-bahagikan ration(makanan,kelengkapan memasak,fly ground dan sewaktu dengannya).Bahagi mengikut berat yang sama supaya setiap orang x dek la yang rasa berat beg nanti.Kitorang janji dengan bas UIA pukul 12.00 mlm.Setelah siap-siap semua dah prepare,ada taklimat sedikit daripada Pengerusi kelab(Acap nama dia) mengenai trip hiking ni.Trip kali ni sama macam trip ke air terjun Berkelah masa awal sem tu,ada baju official...oh yeaaahhhh....
 |
Dari kiri:Pian,Acap,Ameer,aku.
|
Mula bertolak dari UIA Gombak pkol 12.00 mlm.Kitorang plan bertolak malam sebab boleh tido sepanjang perjalanan.Macam mamat ni ha...ZZZzZZzzzZZZzzzz...
 |
| Raja Tiruk??? |
 |
| Tido mesti ada gaya. |
Masa:4.30am
Tarikh:Isnin 24-03-14
Lokasi: masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah
Perjalanan mengambil masa selama 4 jam 30 minit lah.Destinasi sebelum pergi ke Hutan Simpan Chemerong adalah Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah. Sempat sambung tidur balik sebelum menunggu azan subuh. Alhamdulillah,ada yang melakukan qiamullail. Sesudah solat fardhu subuh secara berjemaah,terus bertolak ke gerai berdekatan untuk mengisi perut yang berkeroncong di pagi hari.
 |
| Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah |
Kalau mengikut plan,makan tengahari buat lunch pack je,beli siap-siap dan siap sedia untuk ke Hutan Lipur Chemerong.Jauh jugak simpang jalan besar ke lokasi seterusnya,memang dalam betul kawasan tu,agak-agak dalam 8-9 km jugak lah.Sesampai di sana jam 7.00 pagi ,kami terus pack barang dalam beg.
Masa:7.00am
Tarikh:Isnin 24-03-14
Lokasi: Entrance Hutan Lipur Chemerung.
 |
| Apa yang ada sumbat je dalam beg |
 |
| Siap sedia susun barang dalam bag untuk mendaki. |
Masa:8.00am
Tarikh:Isnin 24-03-14
Lokasi: Hutan Lipur Chemerong
Kitorang mula bertolak pada pukul 8.00 pagi dan target untuk terus ke campsite air terjun Langsir.
Bermulalah suatu pengembaraan yang mengasyikkan...hehe..
 |
| Get ready nak naik dah |
 |
| Taklimat drpd guider kita,Acap. |
 |
| Muka happy je dapat naik gunung. |
 |
| OOTD |
Masa:10.00 am
Tarikh:Isnin 24-03-14
Lokasi: Kem Y
Daki punya daki punya daki,dalam 2 jam lepas tu, sampai ke check point pertama,kem Y nama dia.
Kem Y ni best sebab ade satu sungai ni byk gile ikan,cantik sangat.Dan ikan-ikan ni semua lapar,campak je mangkuk,sudu,pisau yang ada baki makanan,licin kena makan,x yah cuci gosok-gosok pon,bersih terus kena makan dengan ikan-ikan tu.
 |
| Ikan-ikan yang kebulur. |
 |
| Air sungai yang jernih lagi hijau. |
 |
| Tengah layan alam semula jadi. |
 |
| 7 orang anak dara pingitan.Khusyuk je makan. |
 |
| Ape yang ko buat tu Umar? |
 |
| Makan sambil bagi makan ikan. |
 |
| Muka letih je kak. |
 |
| Rindu teddy bear kat rumah ke kak? |
Selepas
menghilangkan kepenatan dengan makan lunch dan mandi celup-celup dalam sungai
yang jernih lagi penuh dengan ikan yang kebulur.Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan yang berbaki lagi
beberapa jam untuk sampai ke ke puncak berembun.Trip kalini aku,Ameer dan Naqib
jadi sweeper(orang yang paling last sekali),maka setiap tempat yang ada
sungai,faham-faham je la,orang kt belakang x de,tinggal kitorang je,apa
lagi,letak beg,bukak kasut dan terjuuuuuuunnnn!!!!!!! Haha…trip yang x pernah
kering,nak kering je jumpa sungai.Memang terbaik.
 |
| Seribu langkah bermula dengan satu langkah yang kecil. |
Masa : 1.45 p.m.
Tarikh : Isnin 24-03-14
Lokasi : Puncak Gunung Berembun
Tepat jam 1.45 petang,kitorang pun sampai lah ke puncak
Gunung Berembun,Alhamdulillah. View kat atas ni x de lah clear dan lawa sangat
sebab pokok-pokok tinggi banyak,maka view tak jelas sangat.Ada sign board yang
lawa je untuk snap gambar.So,kitorang pon lepak la kat puncak untuk beberapa
minit sebelum pergi ke destinasi terakhir iaitu campsite kitorang untuk
bermalam,kata Acap sebagai guider on the spot kitorang,dia kata ada lagi 2 jam
untuk sampai ke final check point,sebab dia pon dah pergi 2 kali sebelum
ni,nasib baik dia ingat route lagi,so jimat lah kat sini tak payah nak bayar
guider lain,terima kasih Acap.
 |
| Puncak kami tawan. |
 |
| Suasana di puncak Gunung Berembun. |
 |
| ARC IIUM was here. |
 |
| Relax dulu,tidur sat. |
 |
| Family picture time.... :) |
Seriously
aku teruja gile bila lalu dekat kawasan kolam sungai yang air dia 100%
transparent, nampak dasar yang hijau gitu. Rase nak terjun je,tapi tak sampai
campsite lagi,ish…dugaan betul.Last-last memang tak dapat tahan dah,makin
jalan,makin banyak pulak kolam nye….dan kami terjun.Hahaha…
 |
| Sebelum berkubang,selfie dulu. |
 |
| Subhanallah,cantik nye. |
Dah puas mandi,kitorang pon sambung lagi jalan,orang depan
kata sedikit lagi nak sampai campsite.Jalan punya jalan punya jalan sambil
perut yang dah lapar,akhirnya sampai juga ke campsite Air terjun Langsir,kira -kira 8 jam perjalan untuk hari ni.Ade
yang layan view,ade yang prepare dinner,ade yang pasang khemah.Lepas drop
bag,pasang ground,keluarkan food dan stove lalu terus prepare untuk siapkan
dinner.Menu malam tu spaghetti hutan dan sup Cambell. Bile semua lapar,ape je
yang ade,semua jadi sedap,lagi-lagi dalam hutan.
 |
| Amboi-amboi,layan view terus,dinner malam ni lupe nk masak ke anak dara oiii... |
 |
| Macam tidur dalam gelongsor sebab tanah tak rata. |
Malam tu lepas solat isyak,kitorang ade buat beberapa
aktiviti untuk mengisi masa yang terluang,masa ini jugak lah kami bertaaruf dan
berkenalan satu sama lain.Ketika tu baru lah kita tahu siapa yang penah naik
gunung sebelum ni,tinggal kat mane,yang first time naik gunung,apa perasaan
bagi yang 1st time hiking,first impression salah seorang ahli dan
selepas kenal.Dengan cara ini kami rasa lebih close antara satu sama
lain.Terima kasih jugak kepada raja-raja modul yang conduct aktiviti ni.Memang
terbaik.
Lepas habis aktiviti taaruf,kami plan nak buat unggun api
sebab nak bako marshmallow,tp disebabkan tak sabar-sabar nak makan marshmallow
yang dibako,gune stove pon boleh,maka berbako-bako lah sampai habis dan tepat
jam 1.00 pagi kami pun beradu di khemah dan hammock masing-masing.
Masa:6.30 a.m.
Tarikh:Selasa 25-03-14
Lokasi: Campsite air Terjun Langsir.
Suasana malam kat atas gunung kalau tak sejuk memang tak sah la,aku yang pakai sweater,sleeping bag ni pon menggigil-gigil tidur.Punya lah payah aku bangun subuh pagi tu sebab aku tidur dalam hammock tingkat dua,nak bukak sleeping bag lagi,turun lagi.Sejuuuuukkkk.Selepas sahaja solat subuhsecara berjemaah,kami pun lepak kat kawasan berbatu laluan air sungai.Betul-betul menghadap sunrise.Pagi first tu hampa sikit la,sebab pagi tu banyak kabus dan awan yang menyelubungi matahari.Tapi tak pe,esok masih ada.
 |
| Cuba untuk dapatkan signal. |
 |
| Selfie skeeeett.. |
 |
| Dah nak keluar dah. |
 |
| Menyorok belakang awan la pulak. |
Menu sarapan pagi tu mee goreng basah,disebabkan korang dah pilih aku jadi headchef,nasib korang la kalau tak sedap ke,sakit perut ke,pandai-pandai sendiri la ye.HAHA....
Ape lagi,grab the senduk and fire onnnnn!!!!...
 |
| Memperkenalkan tunkang kacau kita,Abang Pian. |
Aktiviti untuk satu hari ni hanya mandi,makan dan tidur,disebabkan trip kali ni selama 3 hari 2 malam,so memang banyak masa untuk lepak.Tak de la rasa penat dan nak rushing sangat.Habis je sarapan,terus grab tuala dah mandi kolam.
Menu untuk makan tengahari tu pulak,nasi goreng planta,aku suka dgn geng-geng kali ni,bile time memasak je semua ringan tulang,macam buat kenduri kahwin pulak.Sesudah makan tengahari,grab tuala lagi dan terjun kolam sampai kecut.
 |
| Rajin kak Zee basuh tangan,eh basuh periuk lah. |
 |
Mandiiiii!!!!
|
Malam tu pulak merupakan malam terakhir kami tidur di campsite air terjun Langsir tu,esok akan mula dah untuk turun semula dan yang bestnya route turun lain dari route naik tapi akan berjumpa di point yang sama bila dah nak sampai bawah nanti.Apa yang bestnya? Bak kata acap akan ada 2 tempat yang best, 1st adalah sungai bangang,lepas terjun dalam sungai tu kompem jadi bangang, 2nd tengok view air terjun Langsir dari bawah,kalau korang nak tau campsite ni kat atas air terjun,so esok kitorang akan ada kat bawah sana pulak.View memang terbaeekkk....tungguuuu,jangan scroll lagi,go trough satu-satu,tak sabo betul.
Aktiviti malam tu lagi best sebab aktiviti pertama dah nak pecah perut gelak sebab lawak gile,kalau nak tau ape aktiviti tu,nanti aku share kat post yang lain ataupun korang join event kitorang,nanti korang tau lah sendiri...haha...so,lepas habis aktiviti,macam biasa lah makan marshmallow la pulak,dan akhirnya dapat jugak merasa bakar guna unggun api yang dihidupkan dengan selipar terbiar.Entah siapa punya selipar pun kitorang tak tahu,rase kaki pon kaki lah,janji puas hati.
Malam tu jugaklah bintang sangat clear,Masya Allah,jelas sangat bintang-bintang tu sebab petang tu baru je hujan turun,so langit memang clear lah.Semua pon bertenggek tepi batu-batu sambil makan marshmallow dan bersembang-sembang,ada yang tidur awal macam aku sebab mengantuk gile.Malam tu lagi sejuk sebab hammock aku pon basah part kaki kne hujan.Ape boleh buat,redah je la.
Masa:6.30 a.m.
Tarikh:Rabu 26-03-14
Lokasi: Campsite air Terjun Langsir.
Yeahhhhh.....pagi ni dapat snap gambar sunrise,cantik sangat...nak tengok...
 |
| Hodoh beno muke aku. |
Cantik kan?
Itulah kuasa Allah yang Maha Pencipta sekalian makhluk dan alam semesta.
So,trip CBL ni pon dah nak sampai ke penghujung nya dah,cuma apa yang menjadikan kami semua excited nak turun cepat sebab nak tengok air terjun Lagsir daripada bawah,kalau korang semua nak tahu,Air Terjun Langsir ni merupakan air terjun yang tertinggi di asia tenggara tau.Entah la...ade yang kata air terjun stong yang tertinggi di asia tenggara(gunung stong pon pernah naik jgk,boleh baca kat entry Trip Gunung Stong).
Anggaran tinggi air terjun Langsir ni dalam 1108 meter macam tu la,tinggi kot.
Pendekkan cerita kami semua pun bersiap-siap untuk turun dah estimate akan sampai di bawah sebelum hari gelap.
Laluan turun agak curam dah banyak menggunakan tali yang telah diikat oleh pihak perhutanan untuk memudahkan pendakian para hikers.Tak lama lepas tu sampai lah ke sungai bangang yang disebut-sebutkan tu.
 |
| sejuk bak hang |
 |
| alert aje dengan kamera |
 |
| ko wat pe tu Acap? |
 |
| Free tiruk show...haha... |
No comments:
Post a Comment